Thursday, March 12, 2009

Disebalik Bulan Kelahiran



MEI



  • Kekerasan hati dan degil

  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

  • Pemikiran yang tajam

  • Mudah marah apabila tidak dikawal

  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

  • Perasaan yang amat mendalam

  • Cantik dari segi mental dan fizikal

  • Tidak perlu dimotivasikan

  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

  • Mudah dipujuk

  • Bersikap sistematik (otak kiri)

  • Suka berangan

  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpadiberitahu

  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

  • Daya khayalan yang tinggi

  • Pemikiran yangn tajam

  • Pandai berdebat

  • Fizikal yang baik

  • Kelemahan sistem pernafasan

  • Suka sastera, seni dan muzik serta melancong

  • Tidak berapa suka duduk dirumah

  • Tidak boleh duduk diam

  • Tidak punya ramai anak

  • Rajin dan bersemangat tinggi

  • Agak boros

  • Berfikiran jauh dan berwawasan

  • Mudah ditawan kerana sikap baik

Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul 1430H


12 Rabiulawal kembali lagi yang merupakan hari bersejarah buat seluruh umat Islam. Hari ini merupakan hari kelahiran seorang insan mulia yang tiada tolok bandingnya. Seorang insan maksum, tinggi darjat tetapi merendah diri dan berhati mulia. Hari ini juga merupakan hari terpancarnya nur kepada seluruh warga dunia dimana kelahirannya menafikan kejahilan dan membuka seribu satu ruang keimanan. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Memang benar matlamat tidak menghalalkan cara. Pada hemat saya biarlah yang berhak menentukan dan selagi tiada sepakat yang diputuskan, ianya masih terbuka untuk perbincangan.

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dapat bersama sama menyambut Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka. Dengan tema 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah', saya merasakan ia sememangnya bertepatan dengan fenomena yang melanda umat Islam pada hari ini. Seharusnya kita menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang menekankan kepentingan kesatuan di kalangan manusia sebagai pemangkin Khaira Ummah. Tanpa kesatuan yang utuh pastinya umat Islam tidak akan mampu menepis dakyah songsang yang direncanakan oleh musuh musuh Islam.
Selamat menyambut Maulidurrasul 1430H.

Thursday, January 8, 2009

Selagi Waktu Masih Ada



‘Ketika Ibumu tertidur, cuba kamu melihatnya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya. Tangannya tak mampu lagi menghapus air mata mu. Tiada lagi nasihatnya yang sering kita abaikan. Bayangkan ibumu sudah tiada. Apakah kamu sudah membahagiakannya. ‘

Bait kata diatas adalah nukilan SMS dari salah seorang adik saya. Cukup bermakna dan amat mendalam maksudnya buat diri saya. Terkedu ketika saya menelaah tiap butir kata yang tersirat didalam pesanan tersebut. Terima kasih adik kerana mengingatkan abang yang kadang kala alpa dek kesibukan mengejar kerjaya dan dunia.

Seingat saya kali terakhir saya mengucup pipi mak tatkala dia datang ke sini untuk melawat anak anaknya. Terfikir saya, sebegitu dalamnya kasih ibu untuk anak anaknya. Ironinya, sedalam mana pula balasan kasih yang dilontarkan kepada mereka.

Kadang kita leka dan lupa; hakikatnya kerana merekalah kita disini [Hakikinya adalah ketetapan yang Esa]. Kerana merekalah kita kecapi nikmat kehidupan yang kini menjadi penyebab kekangan masa yang kita peruntukan untuk bersamanya.

Lihat saja fenomena hari ini yang saya rasa kebanyakan kita lupa pada peranan kita sebagai anak. Ada diantara kita yang mendepani kerjaya berbanding ibubapa yang telah nyata haknya seperti yang termaktub dalam kalamullah. Ada saja kekangan yang dijadikan alasan untuk tidak melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya menjadi prioriti kehidupan. Itu belum lagi dihitung perbuatan2 sebahagian dari kita yang terangkum dalam perlakuan derhaka.

Dikesempatan ini saya ingin menyeru pada diri saya dan semua untuk mencongak semula apakah yang kita sudah membahagiakan ibubapa kita seperti mana mereka membahagiakan kita? Sekiranya ingin mengeluh fikirlah sejenak pernahkah mereka mengeluh untuk membesarkan kita. Imbasan memori sepanjang proses pembesaran dan kedewasaan kita pastinya akan dapat menyuntik rasa kesedaran dalam lubuk sanubari untuk berkhidmat dan berbakti pada ibubapa. Teruskanlah berkhidmat dan berbakti selagi mana antara kita masih dipinjamkan nyawa untuk merasai nikmat dunia.



Wednesday, January 7, 2009

Tahun baru...2009


Tahun baru datang lagi..1430H/2009M. Sudah pasti perkara yang sinonim dengan kedatangan tahun baru ialah azam. Definasi azam ini amat ketara dan vital dimana ia boleh dijadikan salah satu faktor atau perangsang untuk seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai azam yang direncanakan. Pada hemat saya Add Videoamat relavan sekiranya seseorang meletakkan asas azam diawal kemunculan tahun baru. Walaubagaimanapun azam yang dicanang seharusnya selari dengan perancangan yang teliti.

Sebelum azam baru digarap, adalah lebih elok kita memandang sekilas kepada azam yang telah diwar warkan pada tahun sebelumnya. Analisa yang teliti sepatutnya di lakukan bagi memperoleh punca atau pun penyebab kejayaan atau kegagalan dalam merealisasikan misi azam yang telah dirancang. Segala maklumat yang diperoleh boleh dijadikan sandaran dalam merealisasikan azam yang mendatang.

Pada tahun ini saya merasakan seolah olah belum ada azam yang tertancap dipemikiran saya untuk dijadikan hala tuju sepanjang 1430H/2009M. Walaubagaimanapun resolusi tahun 2008 yang masih belum tertunai akan dijadikan hala tuju sementara yang mesti saya rencanakan. Yang pasti, apa saja yang terlintas dikotak pemikiran saya untuk digapai akan saya terjemahkan menjadi sebahagian daripada azam saya 1430H/2009M.


Selamat Tahun Baru....1430H/2009M