Thursday, January 8, 2009

Selagi Waktu Masih Ada



‘Ketika Ibumu tertidur, cuba kamu melihatnya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya. Tangannya tak mampu lagi menghapus air mata mu. Tiada lagi nasihatnya yang sering kita abaikan. Bayangkan ibumu sudah tiada. Apakah kamu sudah membahagiakannya. ‘

Bait kata diatas adalah nukilan SMS dari salah seorang adik saya. Cukup bermakna dan amat mendalam maksudnya buat diri saya. Terkedu ketika saya menelaah tiap butir kata yang tersirat didalam pesanan tersebut. Terima kasih adik kerana mengingatkan abang yang kadang kala alpa dek kesibukan mengejar kerjaya dan dunia.

Seingat saya kali terakhir saya mengucup pipi mak tatkala dia datang ke sini untuk melawat anak anaknya. Terfikir saya, sebegitu dalamnya kasih ibu untuk anak anaknya. Ironinya, sedalam mana pula balasan kasih yang dilontarkan kepada mereka.

Kadang kita leka dan lupa; hakikatnya kerana merekalah kita disini [Hakikinya adalah ketetapan yang Esa]. Kerana merekalah kita kecapi nikmat kehidupan yang kini menjadi penyebab kekangan masa yang kita peruntukan untuk bersamanya.

Lihat saja fenomena hari ini yang saya rasa kebanyakan kita lupa pada peranan kita sebagai anak. Ada diantara kita yang mendepani kerjaya berbanding ibubapa yang telah nyata haknya seperti yang termaktub dalam kalamullah. Ada saja kekangan yang dijadikan alasan untuk tidak melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya menjadi prioriti kehidupan. Itu belum lagi dihitung perbuatan2 sebahagian dari kita yang terangkum dalam perlakuan derhaka.

Dikesempatan ini saya ingin menyeru pada diri saya dan semua untuk mencongak semula apakah yang kita sudah membahagiakan ibubapa kita seperti mana mereka membahagiakan kita? Sekiranya ingin mengeluh fikirlah sejenak pernahkah mereka mengeluh untuk membesarkan kita. Imbasan memori sepanjang proses pembesaran dan kedewasaan kita pastinya akan dapat menyuntik rasa kesedaran dalam lubuk sanubari untuk berkhidmat dan berbakti pada ibubapa. Teruskanlah berkhidmat dan berbakti selagi mana antara kita masih dipinjamkan nyawa untuk merasai nikmat dunia.



Wednesday, January 7, 2009

Tahun baru...2009


Tahun baru datang lagi..1430H/2009M. Sudah pasti perkara yang sinonim dengan kedatangan tahun baru ialah azam. Definasi azam ini amat ketara dan vital dimana ia boleh dijadikan salah satu faktor atau perangsang untuk seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai azam yang direncanakan. Pada hemat saya Add Videoamat relavan sekiranya seseorang meletakkan asas azam diawal kemunculan tahun baru. Walaubagaimanapun azam yang dicanang seharusnya selari dengan perancangan yang teliti.

Sebelum azam baru digarap, adalah lebih elok kita memandang sekilas kepada azam yang telah diwar warkan pada tahun sebelumnya. Analisa yang teliti sepatutnya di lakukan bagi memperoleh punca atau pun penyebab kejayaan atau kegagalan dalam merealisasikan misi azam yang telah dirancang. Segala maklumat yang diperoleh boleh dijadikan sandaran dalam merealisasikan azam yang mendatang.

Pada tahun ini saya merasakan seolah olah belum ada azam yang tertancap dipemikiran saya untuk dijadikan hala tuju sepanjang 1430H/2009M. Walaubagaimanapun resolusi tahun 2008 yang masih belum tertunai akan dijadikan hala tuju sementara yang mesti saya rencanakan. Yang pasti, apa saja yang terlintas dikotak pemikiran saya untuk digapai akan saya terjemahkan menjadi sebahagian daripada azam saya 1430H/2009M.


Selamat Tahun Baru....1430H/2009M