Kahwin
Semakin hari semakin berdebar. Mengikut
perbincangan dengan tunang saya, majlis akan berlangsung bulan lapan 2013. Tarikh masih lagi belum
ditetapkan. Tapi, bila bincang dengan kakak saya, Angah, dia cadangkan majlis dibuat bulan
Disember. Senang katanya sebab bulan tu cuti sekolah. Tapi saya rasa yang
terbaik adalah berbincang dengan keluarga sendiri dan keluarga tunang saya. Majlis
kahwin ni bukan boleh buat main-main. Bukan macam main kawin-kawin masa kecil
dulu. Semuanya mesti dirancang dengan rapi dan teliti. Sokongan ahli keluarga
dan rakan-rakan amatlah diperlukan.
Untuk saya pula, persediaan fizikal dan
mental mesti kuat supaya apa yang dirancang boleh dimeterai. Memang betul kata
orang, dah rasa baru tahu. Dulu saya sibuk menguruskan majlis abang, akak dan
adik saya. Sekarang bila tiba giliran saya, barula saya dapat rasakan sendiri
perasaan bakal pengantin. Bercampur baur dan mendebarkan. Takut, resah,
gelisah, gembira. Macam macam yang berkocak dalam kotak minda saya. Seronok
dalam merasai semua anugerah perasaan yang Allah kurniakan. Tapi saya fikir
positif. Saya tetapkan dalam hati. Semua Allah dah bagi, kereta, rumah,
kerjaya. Jadi apa lagi alasan saya untuk tidak beranjak ke satu lagi peringkat
kehidupan iaitu kahwin. Saya sudah ada peluang bila mana Allah kurniakan saya
seorang wanita yang sudi menerima saya seadanya.
Cempaka putih mekar beseri
Jadi hiasan si gadis desa
Kalungan kasih saudari beri
Hamba terima dengan seadanya