Tuesday, December 4, 2012

aKu nAk KaWin



Kahwin



Semakin hari semakin berdebar. Mengikut perbincangan dengan tunang saya, majlis akan berlangsung bulan lapan 2013.  Tarikh masih lagi belum ditetapkan. Tapi, bila bincang dengan kakak saya, Angah, dia cadangkan majlis dibuat bulan Disember. Senang katanya sebab bulan tu cuti sekolah. Tapi saya rasa yang terbaik adalah berbincang dengan keluarga sendiri dan keluarga tunang saya. Majlis kahwin ni bukan boleh buat main-main. Bukan macam main kawin-kawin masa kecil dulu. Semuanya mesti dirancang dengan rapi dan teliti. Sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan amatlah diperlukan. 

Untuk saya pula, persediaan fizikal dan mental mesti kuat supaya apa yang dirancang boleh dimeterai. Memang betul kata orang, dah rasa baru tahu. Dulu saya sibuk menguruskan majlis abang, akak dan adik saya. Sekarang bila tiba giliran saya, barula saya dapat rasakan sendiri perasaan bakal pengantin. Bercampur baur dan mendebarkan. Takut, resah, gelisah, gembira. Macam macam yang berkocak dalam kotak minda saya. Seronok dalam merasai semua anugerah perasaan yang Allah kurniakan. Tapi saya fikir positif. Saya tetapkan dalam hati. Semua Allah dah bagi, kereta, rumah, kerjaya. Jadi apa lagi alasan saya untuk tidak beranjak ke satu lagi peringkat kehidupan iaitu kahwin. Saya sudah ada peluang bila mana Allah kurniakan saya seorang wanita yang sudi menerima saya seadanya.

Cempaka putih mekar beseri
Jadi hiasan si gadis desa
Kalungan kasih saudari beri
Hamba terima dengan seadanya


2 comments:

YouSOF said...

Tahniah bro.. Semoga semuanya lancar.

Aku tak taip "takpe, aku faham apa yang kau rasa" tapi tak boleh sebab aku belum rasa semua tu hehe.



firdauz said...

InsyaAllah. Doakan yang terbaik. 31 Ogos 2013. Hari negara merdeka dan saya akan merdeka dari status bujang kepada suami org hehehhe