Sunday, February 2, 2014

Thesis submission...My Master

Alhamdulillah. Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Hari dimana kejayaan aku dan team berjaya membukukan sebuah tesis bagi menyempurnakan pengajian diperingkat Ijazah. Memang bukan mudah tapi berjaya juga aku tempuhi. Hari ni tanggal 3 Feb 2014 @ 10.00am aku telah menyerahkan tesis tersebut ke AAGBS. Syukur Ya Allah. Segala suka duka dan cabaran pasti akan aku rindui kerana hanya mereka yang telah merasa akan menghargai.

Sedikit garapan sepanjang aku bergelar siswa peringkat Ijazah di UiTM. Mungkin pengalaman itu betul untuk aku tapi tidak untuk orang lain. Apa2 pun kita perlu mengalami sebelum kita merasai. Ramai kalangan kita  yang merancang untuk sambung belajar. Itu adalah sesuatu yang baik. Tidak semua orang mempunyai kekuata walaupun secebis niat untuk menyambung pelajaran. Apatah lagi sekiranya telah berkahwin dan mempunyai anak. 

Saya membuat keputusan untuk sambung belajar secara drastik dan tiba2. Setelah melihat kawan saya mampu melakukannya, saya bertindak dengan mengisi borang permohonan tanpa memikirkan halangan2 yang bakal tiba. UiTM...ya UiTM. Kenapa saya memilih UiTM? Kerana UiTM menawarkan EMBA yang sangat bersesuaian dengan status saya sebagai pekerja dan hanya perlu menghadiri kelas pada hari minggu sahaja.

Tanpa ada kenalan, saya menempuh pengajian di UiTM sehinggalah tamat 2 tahun. Semuanya baru bagi saya. Rakan sekelas, universiti, keadaan sekeliling dan juga pengajian. Sememangnya ia berbeza jika dibandingkan dengan universiti ketika saya mengambil Ijazah Sarjana Muda. Ditambah lagi dengan rakan sekelas yang rata2 mempunyai pengalaman dalam kerjaya membuka mata saya pada ruang lingkup dunia tanpa sempadan. Masing2 membawa pengalaman berbeza dan membuatkan setiap kelas yang dihadiri amat bermanfaat. Bukan sekadar teori tetapi juga diterapkan dengan realiti pengalaman berdasarkan subjek yang dipelajari. 

Semoga pengalaman ini akan menjadi sebahagian cerita yang dapat mendewasakan saya untuk menjadi seorang yang lebih baik. InsyaAllah. Masih ternanti2 hari keputusan akhir untuk program pengajian saya. Semoga semuanya berjalan lancar...Amin.


No comments: