Assalamualaikum,
2016. A good start. Saya
nak kongsi pengalaman proses pengambilan anak angkat sebelum tempoh penjagaan
mencapai 2 tahun. Bermaksud, tempoh penjagaan ibubapa angkat belum mencecah 2
tahun. Bukan anak itu berusia 2 tahun. Coretan ini berdasarkan pengalaman
saya sendiri dalam menyempurnakan proses yang perlu dibuat sebagai ibubapa
angkat.
Gambar hiasan |
Pertama mestilah ada
anak yang ingin dijadikan anak angkat. Usia anak mestilah tidak melebihi 18
tahun. Ibubapa angkat pula tidak kurang dari 25 tahun. Dalam kes saya, anak masih dalam perut lagi ibu kandung dah ambil
keputusan nak serahkan pada saya. Alhamdulillah. Amanah Allah. Ibu ni bawah
umur dan maklumat bapa tidak diketahui. Saya takdela korek cerita silam ibu tu.
Tak perlu hukum baby atas kesalahan ibubapa mereka. Mereka adalah kain putih
yang saya perlu corakkan sebaiknya.
Proses
1
Selepas anak lahir,
pastikan terus buat sijil kelahiran. Kalau kes yang ada ibubapa yang sah nikah
mudah. Wakil terus boleh pergi buat di Jabatan Pendaftaran. Dalam kes ini,
hanya ibu sahaja yang boleh buat sebab belum berkahwin. Jadi kena la tunggu ibu
sihat sikit untuk buat sijil kelahiran. Pastikan sijil kelahiran asal diambil
untuk simpanan ibubapa angkat. Untuk memudahkan proses akan datang sila simpan
salinan kad pengenalan ibubapa kandung. Ni pesanan dari pegawai JPN.
Proses
2
Seterusnya proses surat
akuan untuk keizinan pengangkatan, JPNAA07 dan Surat Akuan Berkanun (Ibu Bapa
Angkat). Surat ini ada terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi untuk akuan
ibu bapa angkat kena minta pegawai JPN cetak. Untuk JPNAA07 memang dah ada
siap-siap dicetak. Kalau boleh pergi la JPN yang kurang pelanggan. Bukan apa,
mudah nak bertanya soalan sekiranya tak faham.
Seterusnya kedua-dua akuan hendaklah ditandatangani dihadapan majistret atau pun pesuruhjaya sumpah. Semasa menandatangan, ibubapa kandung dan ibubapa angkat bayi beserta bayi hendaklah hadir dihadapan pesuruhjaya sumpah. Mana-mana pesuruhjaya sumpah pun bole.
Dalam kes ibu kandung
bawah umur dan tidak bersuami, ibu atau bapa kepada ibu kandung tersebut perlu
hadir sekali. Salah seorang dari mereka perlu menggantikan ruangan nama bapa
kandung didalam borang JPN AA07. Selesailah proses antara ibubapa kandung dan
ibubapa angkat. Pegawai JPN pesan, surat akuan ini hendaklah sentiasa
dikepilkan bersama sijil kelahiran supaya memudahkan apa-apa proses yang
melibatkan ibubapa.
Jangan lupa, selagi tak sampai tempoh 2 tahun tempoh penjagaan dan
pengeluaran sijil pengangkatan, ibubapa kandung masih boleh menuntut anak
mereka melalui proses mahkamah. Tapi proses tu bukan semudah yang
disangka.
Proses 1 dan 2 sebenarnya boleh disempurnakan dalam masa
satu hari. Yela, kesian ibu kandung yang masih berpantang tu.