Showing posts with label surat akuan anak angkat. Show all posts
Showing posts with label surat akuan anak angkat. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

Anak Angkat - Pengalaman Kedua

Salam,

Alhamdulillah. Kakak saya dan suami telah dikurniakan seorang anak angkat lelaki pada hari ini. Seorang bayi lelaki yang sangat comel. Rezeki daripada Allah untuk mereka. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat membesar dengan sempurna.

Saya banyak membantu kakak saya dalam proses pendaftaran bayi tersebut sebagai anak angkat. Proses yang sama seperti mana saya mendaftarkan anak saya. Tapi kali ini lebih mudah kerana ibu berumur lebih daripada 18 tahun. Aliran pendaftaran boleh rujuk post saya sebelum ini.

Yang penting percepatkan proses pendaftaran surat beranak di JPN dan terus ke pesuruhjaya sumpah untuk akuan sumpah. Kedua dua proses sepatutnya boleh diselesaikan pada hari yang sama. Kesian ibu kandung yang masih tak sihat tu.

Doakan bayi dan keluarga kakak saya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. 

Welcome onboard baby boy!

Image result for baby boy
Gambar hiasan - Tq Mr.Google :)

Thursday, March 24, 2016

Anak Angkat - Satu Permulaan

Assalamualaikum,

2016. A good start. Saya nak kongsi pengalaman proses pengambilan anak angkat sebelum tempoh penjagaan mencapai 2 tahun. Bermaksud, tempoh penjagaan ibubapa angkat belum mencecah 2 tahun. Bukan anak itu berusia 2 tahun. Coretan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menyempurnakan proses yang perlu dibuat sebagai ibubapa angkat.

Image result for baby
Gambar hiasan
Pertama mestilah ada anak yang ingin dijadikan anak angkat. Usia anak mestilah tidak melebihi 18 tahun. Ibubapa angkat pula tidak kurang dari 25 tahun. Dalam kes saya, anak masih dalam perut lagi ibu kandung dah ambil keputusan nak serahkan pada saya. Alhamdulillah. Amanah Allah. Ibu ni bawah umur dan maklumat bapa tidak diketahui. Saya takdela korek cerita silam ibu tu. Tak perlu hukum baby atas kesalahan ibubapa mereka. Mereka adalah kain putih yang saya perlu corakkan sebaiknya. 


Proses 1

Selepas anak lahir, pastikan terus buat sijil kelahiran. Kalau kes yang ada ibubapa yang sah nikah mudah. Wakil terus boleh pergi buat di Jabatan Pendaftaran. Dalam kes ini, hanya ibu sahaja yang boleh buat sebab belum berkahwin. Jadi kena la tunggu ibu sihat sikit untuk buat sijil kelahiran. Pastikan sijil kelahiran asal diambil untuk simpanan ibubapa angkat. Untuk memudahkan proses akan datang sila simpan salinan kad pengenalan ibubapa kandung. Ni pesanan dari pegawai JPN.

Proses 2

Seterusnya proses surat akuan untuk keizinan pengangkatan, JPNAA07 dan Surat Akuan Berkanun (Ibu Bapa Angkat). Surat ini ada terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi untuk akuan ibu bapa angkat kena minta pegawai JPN cetak. Untuk JPNAA07 memang dah ada siap-siap dicetak. Kalau boleh pergi la JPN yang kurang pelanggan. Bukan apa, mudah nak bertanya soalan sekiranya tak faham. 
Image result for jpn
Seterusnya kedua-dua akuan hendaklah ditandatangani dihadapan majistret atau pun pesuruhjaya sumpah. Semasa menandatangan, ibubapa kandung dan ibubapa angkat bayi beserta bayi hendaklah hadir dihadapan pesuruhjaya sumpah. Mana-mana pesuruhjaya sumpah pun bole. 

Dalam kes ibu kandung bawah umur dan tidak bersuami, ibu atau bapa kepada ibu kandung tersebut perlu hadir sekali. Salah seorang dari mereka perlu menggantikan ruangan nama bapa kandung didalam borang JPN AA07. Selesailah proses antara ibubapa kandung dan ibubapa angkat. Pegawai JPN pesan, surat akuan ini hendaklah sentiasa dikepilkan bersama sijil kelahiran supaya memudahkan apa-apa proses yang melibatkan ibubapa.  

Jangan lupa, selagi tak sampai tempoh 2 tahun tempoh penjagaan dan pengeluaran sijil pengangkatan, ibubapa kandung masih boleh menuntut anak mereka melalui proses mahkamah. Tapi proses tu bukan semudah yang disangka. 

Proses 1 dan 2 sebenarnya boleh disempurnakan dalam masa satu hari. Yela, kesian ibu kandung yang masih berpantang tu.