Thursday, March 24, 2016

Anak Angkat - Satu Permulaan

Assalamualaikum,

2016. A good start. Saya nak kongsi pengalaman proses pengambilan anak angkat sebelum tempoh penjagaan mencapai 2 tahun. Bermaksud, tempoh penjagaan ibubapa angkat belum mencecah 2 tahun. Bukan anak itu berusia 2 tahun. Coretan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menyempurnakan proses yang perlu dibuat sebagai ibubapa angkat.

Image result for baby
Gambar hiasan
Pertama mestilah ada anak yang ingin dijadikan anak angkat. Usia anak mestilah tidak melebihi 18 tahun. Ibubapa angkat pula tidak kurang dari 25 tahun. Dalam kes saya, anak masih dalam perut lagi ibu kandung dah ambil keputusan nak serahkan pada saya. Alhamdulillah. Amanah Allah. Ibu ni bawah umur dan maklumat bapa tidak diketahui. Saya takdela korek cerita silam ibu tu. Tak perlu hukum baby atas kesalahan ibubapa mereka. Mereka adalah kain putih yang saya perlu corakkan sebaiknya. 


Proses 1

Selepas anak lahir, pastikan terus buat sijil kelahiran. Kalau kes yang ada ibubapa yang sah nikah mudah. Wakil terus boleh pergi buat di Jabatan Pendaftaran. Dalam kes ini, hanya ibu sahaja yang boleh buat sebab belum berkahwin. Jadi kena la tunggu ibu sihat sikit untuk buat sijil kelahiran. Pastikan sijil kelahiran asal diambil untuk simpanan ibubapa angkat. Untuk memudahkan proses akan datang sila simpan salinan kad pengenalan ibubapa kandung. Ni pesanan dari pegawai JPN.

Proses 2

Seterusnya proses surat akuan untuk keizinan pengangkatan, JPNAA07 dan Surat Akuan Berkanun (Ibu Bapa Angkat). Surat ini ada terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi untuk akuan ibu bapa angkat kena minta pegawai JPN cetak. Untuk JPNAA07 memang dah ada siap-siap dicetak. Kalau boleh pergi la JPN yang kurang pelanggan. Bukan apa, mudah nak bertanya soalan sekiranya tak faham. 
Image result for jpn
Seterusnya kedua-dua akuan hendaklah ditandatangani dihadapan majistret atau pun pesuruhjaya sumpah. Semasa menandatangan, ibubapa kandung dan ibubapa angkat bayi beserta bayi hendaklah hadir dihadapan pesuruhjaya sumpah. Mana-mana pesuruhjaya sumpah pun bole. 

Dalam kes ibu kandung bawah umur dan tidak bersuami, ibu atau bapa kepada ibu kandung tersebut perlu hadir sekali. Salah seorang dari mereka perlu menggantikan ruangan nama bapa kandung didalam borang JPN AA07. Selesailah proses antara ibubapa kandung dan ibubapa angkat. Pegawai JPN pesan, surat akuan ini hendaklah sentiasa dikepilkan bersama sijil kelahiran supaya memudahkan apa-apa proses yang melibatkan ibubapa.  

Jangan lupa, selagi tak sampai tempoh 2 tahun tempoh penjagaan dan pengeluaran sijil pengangkatan, ibubapa kandung masih boleh menuntut anak mereka melalui proses mahkamah. Tapi proses tu bukan semudah yang disangka. 

Proses 1 dan 2 sebenarnya boleh disempurnakan dalam masa satu hari. Yela, kesian ibu kandung yang masih berpantang tu. 


39 comments:

IbuUmaR said...

Assalam.sy baru menerima bayi dari seorang wanita indonesia.dia tiada dokumen.sy nak tanya masa proses 2 tu ada 2 borang perlu kita isi ke?utk pengetahuan tuan sy telah membuat laporan polis kerana telah menerima seoarang bayi utk dijadikan anak angkat.

firdauz said...

Assalam IbuUmar, tahniah! Betul, ada 2 borang yang perlu diisi.

1. Borang serahan anak dari ibubapa kandung
2. Borang penerimaan anak oleh ibubapa angkat

Kedua-duanya perlu ditandatangani dihadapan pesuruhjaya sumpah.

Mai said...

Assalamualaikum Encik.

Saya berumur 23 tahun skrg (1993), wanita n belum berkahwin, dan saya ada merancang nak ambil anak angkat (usia 25/26 sbb skrg baru nak hidup, fresh grad, baru mula bekerja). Cuma based on tulisan encik, cara untuk dapatkan anak angkat yang lebih mudah adalah dgn dapatkan ibu kandung yang rela hati untuk serahkan anak sblm urusan dgn JKM. Betul kan? Sbb saya ada baca juga prosedur pengambilan anak angkat daripada JKM terus.

Jd saya nk tanya, apa preparations yang perlu saya ada (documentations/socio-econ background/health issues etc)? Macamana pulak kalau background bakal ibu angkat ada penceraian dsb nya? Will the process be affected?

Terima kasih.

firdauz said...

Assalam Mai,

Urusan pengangkatan lebih mudah sekiranya ibu dan bapa kandung dengan rela hati menyerahkan anak untuk dijadikan anak angkat. Dalam kes ibu bapa kandung bercerai, proses sama perlu dilakukan. Cuma dalam surat serahan perlu mendapatkan persetujuan dari ibu dan bapa kandung. Sila rujuk surat akuan sumpah pengangkatan. As long you could obtain consent from the bio parent, there will be no issue. Proses di JKM boleh disusuli selepas itu.

Pada pandangan saya sekiranya anak angkat diperoleh dengan kerelaan ibu bapa kandunng secara terus, proses seterusnya lebih mudah. Tidak perlu menunggu list di JKM untuk mendapatkan anak.

Unknown said...

Assalam,

kes saya sama macam tuan (maklumat bapa tidak diketahui), cuma saya nak tanya selepas cukup tempoh 2 tahun dan apabila kita nak memohon sijil pengangkatan di JPN. adakah JPN akan bawa kes ni kepada JKM ? sebab kalau tak silap saya, kalau salah satu ibu atau bapa tidak terlibat dalam pengisian borang ni JPN akan serah kes ni pada JKM? betul ke macam tu? kalau betul, adakah proses yang perlu dilalui melalui JKM ini rumit dan memakan masa?

Unknown said...

Sama ke proses jika kita ambil anak angkat dari anak adik beradik..

firdauz said...

Ewan, sama je. Proses pengambilan anak angkat tak ada beza walaupun adik beradik.

firdauz said...

Shida, dalam kes saya ibu masih dibawah umur 18 tahun. Bapa kandung ibu tersebut telah memberi keizinan untuk menyerahkan cucunya. Berdasarkan penerangan dari pihak JPN, sepatutnya tiada masalah. Sekiranya ibu tersebut telah melebihi umur 18 tahun, hanya memerlukan keizinan ibu tersebut kerana maklumat ayah tidak diketahui. Untuk penerangan lebih jelas saya syorkan syida ke JPN supaya pemahaman yang lebih jelas.

Unknown said...

Assalamualaikum.. saya ada soalan utk diajukan. Ada kluarga sudi serahkan bayi mereka bagi mendapatkan kehidupan dan pendidikan lebih baik. Masalahnya, ibu bapa kandung bayi ini tak mahu melibatkan akuan sumpah dan lain2 proses kerana hanya serah mulut shja. Apa perlu saya lakukan. Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum,
Saya hendak bertanya.. adakah prosedur ni sama untuk org singapura? Saya menetap di Jb. Di website jpn ada letak yg warga negara lain boleh ambil anak angkat disini.

fyz dja said...

IbuUmar...saya juga yg sama...bagaimana utk daftar kelahiran anak tersebut?

fyz dja said...

IbuUmar...saya juga yg sama...bagaimana utk daftar kelahiran anak tersebut?

firdauz said...

NUR fiza,

Pada pendapat saya pengangkatan akan berisiko. Pertama, ibu bapa kandung boleh mengambil anak tersebut dengan mudah pada bila2 masa. Tiada dokumen sokongan bagi pihak anda. Kedua, masalah pendaftaran untuk mendapatkan surat pengangkatan setelah memelihara anak tersebut selama 2 tahun. Akuan sumpah amat penting sebagai sokongan permohonan tersebut.

Adalah lebih baik untuk memujuk ibubapa kandung untuk membuat surat akuan yang hanya mengambil masa sekejap sahaja. Semoga urusan puan dipermudahkan. InsyaAllah.

Unknown said...

Assalamualaikum,saya ada soalan nak di ajukan.lagi beberapa bulan saya akan menerima anak angkat yang skarang masih dalam kandungan.ibu kandung anak tu dgn rela hati ingin memberi anak dia kepada saya dan suami. ibu kandung tu tidak berkahwin. apa prosedur yg perlu saya lakukan.? saya perlu berurusan di JPN @ JKM?

firdauz said...

Anggun Clarista,

Proses yang sama seperti saya terangkan diatas. Cuma berbeza sedikit sekiranya ibu kandung sudah melebihi 17 tahun. Tidak perlu ibu atau bapa kepada ibu kandung untuk tanda tangan surat akuan sumpah.

Unknown said...

Salam. Saya firdaus. Nak tanya admin. Saya dalam bulan januari ini insyallah akan mendapat anak angkat. Biomum nye adalah budak bawah umur dan usianya 15tahun. Saya pula dipilih oleh ibu kepada biomum itu untuk menjadi FA. persoalan saya adakah masalah yang akan timbul dikemudian hari kerana perkara dibawah
1. Saya masih bujang dan belum berkahwin
2. Cukupkah dengan kebenaran ibu kepada biomum tersebut sedangkan bapa kepada bakal bayi itu diketahui kerana laporan polis telah dibuat oleh ibu biomum dan JKM pun telah dimaklumkan. Tetapi ibu kepada biomum itu telah menyatakan kepada JKM Yang dia akan mencari FA sendiri. Masih perlukah saya mendapat kebenaran bapa kepada bakal bayi tersebebut dan perlukah mendapat kebenaran tambahan dari JKM.

Syaidatul said...

salam saya mencari anak angkat .. apa2 boleh contact saya die 0125628594 whatapps sahaja . tq

Syaidatul said...

salam saya mencari anak angkat .. apa2 boleh contact saya die 0125628594 whatapps sahaja . tq

SnJ SnJ said...

saya nak tanya kena report polis dgn inform JKM tak? sbb saya baca ada yang kata kena report polis jgk.

Unknown said...

Boleh saya tahu apanprosedur mahkamah yg perlu ibubapa kandug buat untuk mendapatkan semula anak mereka selepas angkat sumpah dibuat?

Aliya3313 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum..saya dhiya,sayajuga mencari anak angkat, diutamakan bayi lelaki tetapi tidak kisah jika ianya bayi perempuan.boleh terus whatsapp ke 0177377539

qasehcreation said...

Assalam..sy juga sedang mencari bayi perempuan untuk dijadikan anak angkat boleh wassup 0107874087

Aliya3313 said...

Saya mencari anak angkat baby boy. Tidak kisah taraf baby dan akan jaga seperti anak sendiri. Kepada biomom yg nak serahkan bby boleh hubungi sy Aliya 0187673775 area jb. Semoga ada rezeki saya n dipermudahkan urusan

Unknown said...

Salam saya ada masalah tentang anak ankat..saya ada ambik anak ankat masalah ye borang aa07 tu yg ada pada saya cuma copy yang ori hilang..ada kah nanti mase saya nak buat hak penjagaan selepas 2 tahun tu boleh ke pakai surat aa07 yg copy..semua dh sain cop suruhanjaya sumpah pon dh sain...ada dua borang 1 borang ori yang aa07 tu sajaha copy sebab yg asal dah hilang..saya amat menhargai bantuan encik

Unknown said...

Saya mencari anak angkat perempuan. Boleh hubungi 014 2229005.

Unknown said...

As Salam.. Kami suami isteri mencari anak angkat berumur 1 bulan ke atas, jantina girl. Saguhati akan diberikan ikut kemampuan.Saya seorang guru yang dah lama bekerja. Blh wass app saya, 01152841565

Naila salsabella said...

Salam...saya dr shah alam tlh brkahwin 13 thn,mncari baby xkisah taraf n jantina..WhatsApp 0198234285

Unknown said...

Assalamualaikum sy ina dari Temerloh mencari Anak Angkat👇

-Area Pahang
-Warganegara
-Newborn/bwh umur setahun
-X kisah taraf or jantina
-X kan putuskan hubungan
-Bersalin GOV
-Sagu hati seikhlas hati

Insyaallah baby akan akan dijaga sebaik-baiknya cukup makan minum serta ilmu agama.Jika ada yg ikhlas nk beri bleh wasap sy 0199775619

Unknown said...

Salam..slps proses 1 dan 2.. boleh dah ka bawa baby tu keluar negeri menggunakan flight

Unknown said...

Salam,saya ingin bertanya..bolehkan sekiranya saya mengambil anak saya semula yang kini berumur 6 tahun daripada keluarga angkat dia?

Unknown said...

Perlu bawa ibu bapa ka dung budak tu ke semasa pergi ke pesuruh jaya sumpah?

Naila salsabella said...

Salam...saya mencari baby yg Bru lahir utk dijadikan anak angkat...xksh jantina baby..xkisah status baby...yg penting btul2 ikhlas nk bg...0198234285

Unknown said...

Hi saya cik yam.. Saya masih bujang berumur 36 tahun. Saya nak ambik angkat dari abang kandung saya. Masalahnya, isteri abang adalah indonesia dan tidak mempunyai apa aoa dokumen. Apakah proses yang perlu saya lalui?

Sharleeza Sarudin said...

Assalamualaikum

Anna said...

Salam sy sedng cri bby girl sy ikhlz mnjga, klu ade sila hubgi sy 01121185730 anna

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM saya mencari anak angkat umur 0-1 tahun tidak kira boy or girl boleh hubungi e-mail halimyassin512@gmail.com

Allyna said...

Assalamualaikum semua 😊

Saya ingin mencari aa untuk kenalan:

*Warganegara
*X kisah taraf or jantina
*X kisah area mana tapi lebih prefer area Johor/Selangor/Pahang
*Prefer bm yang dh nk dekat due
*Syarat² boleh bincang
*Jika ada boleh whatsapp saya 0108718330

Dila Zainudin said...

Hye assalamualaikum, sy dila umur 27 dan suami 35. Sy mencari anak angkat utk dijaga. Sy takboleh mengandung (doktor cakap) sy ada sorang anak angkat bawah jagaan sy skrg yang berumur 5 tahun boy. Sy cari kawan bermain utk dia. Jika sudi boleh wasapp atau call no sy 0137633952 dila